<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8185434796757709713?origin\x3dhttp://novelenemyorloverchooseone.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
It's written here, it’s slowly filling up
sambungan
Wednesday, November 18, 2009

DAFI vs. DHIRA


Malam tu Dhira lepak santai atas katil dalam bilik. Di telinga tu memang dah tak dengar apa dah. Nak dengar apanya, telinga sumbat earphone. Kat telinga tu penuh dengan lirik lagu DBSK-Ballons. Tapi ketenangan tu dikacau.
“ Dhira!Dhira!” Puan Esmira dah jerit memanggil anaknya.
Dhira buat selamba je. Tak dengar pun. Puan Esmira dah pelik dengan anaknya. Hey, budak bertuah ni,orang panggil dia buat tak dengar je. Kaki dia dah melangkah ke dalam bilik anak dara seoarang tu. Bila buka pintu je terkejut dia bila tengok selamba je Dhira tergolek macam buaya kat atas katil dengan Ipod Nano dia.
“ Ya,Allah budak bertuah ni. Orang panggil patut dia tak dengar,telinga sumbat dengan menatang tu ke. Dhira! Hey!” Puan Esmira dah nak mula membebel.
“ Eh mama. Sorry. Dhira tak dengar mama panggil tadi. Ada apa ma?” Dhira dah tersengih.
“ tak mama nak ksi tahu yang Dafi dengan keluarga dia nak datang rumah malam ni. Siap tau." Puan Esmira dah pesan.
Dhira muka dah macam dengar UFo turun depan rumah je.
"apa ma!!Dafi nak datang??budak tak betul tu? isy,mengacau sungguh!" Dhira buat muka tak puas hati.
" Dhira da cakap macam tu!"
" sorry mama.."
" dah. pergi siap cepat."
"okey..." hisy,mengacau aku lepak je.


TING!TONG!

loceng rumah tu dah bunyi. Puan Esmira dengan semangatnya pergi buka pintu sebelum sempat Mak Mah(orang gaji) membukanya.
"Assalamualaikum"
Di muka pintu kelihatan Datuk Rashid sekeluarga. Puan Esmira dan Encik Hisham menyambut mereka dengan mesra. Maklumlah bakal ‘besan’. Dafi kat situ tak tahu nak buat apa. Hey,boringnya! Apasal lah mama ni suruh aku datang. Kalau kat rumah boleh jugak aku layan counter strike. Hisy. Letih lah macam ni.
“Dafi boring ke dengar uncle dengan aunty bersembang?” Puan Esmira dah tanya bila tengok muka Dafi yang dah macam air sungai klang je.
“ Dafi,do you want me to call Dhira at upstairs to come and have a talk with you?” Encik Hisham tanya. Tapi tanya-tanya pun dia panggil Dhira tanpa sempat Dafi jawab.
Eh,eh pak cik ni. Dia tanya aku tapi dia panggil juga perempuan tak betul tu. Hisy,aku lebih rela boring daripada aku sembang dengan perempuan tak betul tu.
Dan dia Nampak Dhira turun dari biliknya menuju ke ruang yang mereka duduk tu. Dia terpegun kejap bila nampak Dhira turun pakai jeans dengan t-shirt. Lawa pulak ake tengok perempuan ni. Hei! Dafi apa kau cakap ni.
“ Dhira, temankan Dafi sembang. Dia dah boring tu” Puan Esmira dah arah dia. Eh,eh mama ni. Apasal aku pulak yang kena?
“Why don’t you both go to upstairs and serving internet? It must be boring to have a talk here. Dhira bring him now.” Encik Hisham dah arah lagi. Eh,ah papa ni apahal pulak arah orang speaking pulak. Pelik betul bapaku sorang ni.
“ Dafi. Jom naik ataslah. Duduk sini buat pening kepala je dengar diorang bersembang.” Dhira buat muka baik. Mereka berdua beriringan mendaki anak tangga rumah dua tingkat tu. Kemudian menuju ke ruang tamu keluarga. Dafi duduk di sofa tu manakala Dhira mengambil laptopnya keluar dari bilik dan pasang di ruang tu.
“Dhira! Ambilkan aku air. Dahaga pulak. Cepatlah.” Dafi buat muka tak berdosa arah Dhira.
“ eh,eh! Apahal aku pulak yang kau suruh. Pergilah ambil sendiri. Tangan kaki ada,guna.” kereklah pulak mamat ni. Main arah-arah aku. Apa dia ingat dia ‘big boss’ dalam rumah ni?
“ Kau ni. Aku tetamu dalam rumah ni. Lagipun aku kan ‘bakal’ suami kau. Kau kenalah layan aku sikit. Practice!”
“ Ceh! Tak ada maknanya ‘bakal’ suami. Aku rasa baik kau main laptop ni dari kau arah aku buat apa sebab aku memeng takkan buat. Tak pun tak payah main terus. Pergi turun bawah join parents sembang. Nak?” Dhira dah keluar aura ugut.
“ Ugut konon. Tak takutlah” tapi tangan dia tarik juga laptop pink Dhira tu.
“berlagak! Tapi ambil jugak laptop aku. Ah,malas aku nak layan orang tak betul ni. Baik aku layan KBS.” Dhira dah tukar siaran televisyen tu ke 303.
“eleh. Gaya macam aku heran je” Dadi balas tapi nada suara tu direndahkan.
Suasana di situ senyap tanpa sesiapa pun bersuara. Hanya suara televisyen sahaja kedengaran. Sesekali terdegar suara gelak tawa dari tingkat bawah. Kesunyian tu diganggu dengan suara Datuk Rashid memanggil Dafi turun ke bawah untuk pulang.
Selepas sahaja meninggalkan kediaman keluarga Encik Hisham, Datuk Rashid memulakan perbualan.
“ Tadi Dafi buat apakat atas dengan Dhira?”
“ Main laptop.” Dia jawab dengan muka boring.
“ Ah! Tadi mama dengan papa dah bincang dengan ibubapa Dhira yang you guys punya wedding 14 Febuari. Are you okay with it son?” Datin Zarina bertanya lembut.
“ Kalau Dafi kata tak nak kahwin mama nak cakap apa?” Dafi di tempat duduk belakang menjawab kasar.
“ Dafi! Watch your mouth! That’s your mother!” Datuk Rashid menegur.
“ My mom? Heh!” sinis nada tu.
“ Dafi Zaydi!” Datuk Rashid dah naik nada tinggi,marah.
“ Okay! Sorry. Hisy.”