sambungan
Wednesday, November 18, 2009
Adam VS Rina
Febuari 2007.
Adam keluar dengan beg di tangan. Hatinya gembira dengan kebenaran ibu bapanya untuk dia keluar mengikuti perkemahan bersama rakan-rakan karibnya. Dia berjalan menuju ke kereta ayahnya. Hairy yang pada mulanya turut serta tetapi terpaksa membatalkannya setelah asmanya serang kembali.
Kereta perdana yang dipandu Pak Mat,pemandu Datuk Rais tu meluncur laju membelah malam. Tetapi apabila tiba di suatu jalan sunyi, muncul seorang pemuda yang kelihatan seperti tidak bermaya menahan kereta tersebut. Kedengaran brek kecemasan dari kereta yang dinaiki Adam.
“ hisy, lelaki ni kenapa tiba-tiba tahan kereta,Pak Mat?” Adam tidak puas hati.
“ entahlah Adam.”
Lelaki tersebut membuka pintu penumpang di hadapan dan kemudian mengacu pisau ke arah Pak Mat. Adam yang sewaktu tu baru nak sambung tidurnya, terkejut dengan tindakan pemuda pelik itu. Kemudian pemuda pelik itu mengarahkan Pak Mat memandu kereta itu. Tetapi…
“ Adam! Cepat lari Adam! Cepat,Dam. Selamatkan diri! Mimta tolong! Cepat” jerit Pak Mat cemas.
“ Ta..tapi Pak Mat? Takkan Adam nak tinggalkan?” Adam yang turut cemas dah tergagap.
“ Pasal Pak Mat Adam jangan fikir! Sekarang ni Adam lagi penting! Cepat!”
“ Tapi…”
“ Adam!!!!!”
“ kau jangan nak pergi mana-mana!” pemuda pelik tu dah cemas apabila lihat Adam ingin membuka pintu kereta.
“ Adam jangan peduli! Adam keluar je! Cepat!” suara Pak Mat dah naik lagi tinggi. Adam dengan cemas terpaksa keluar dan terus lari masuk hutan.
Pak Mat kemudian terus membawa kereta tu dengan laju supaya perompak tadi cuba mengejar Adam. Tetapi kelihatan lampu dari depan dan boooom! Bunyi leputan kuat apabila kereta tersebut brek langgar dengan sebuah lori yang entah dari mana tu.
Adam yang makin cemas seorang diri melarikan diri terkejut mendengar letupan tersebut. Dia ingin berpatah balik tetapi pandangannya kabur apabila kakinya tersungkur dan kepalanya terhantuk di sebuah batu besar. Dan Adam dah tak ingat apa dah.
Beberapa jam kemudian, Adam sedar kembali. Kepalanya tidak mendapat logik. Tapi kaki tu melangkah juga tanpa arah. Tiba di sebatang jalan, matanya silau dengan lampu kereta yang menusuk mata tu. Adam terjatuh tanpa sempat kereta tu melanggarnya.
Kemudian keluar seorang lelaki berpakaian kemeja putih dari kereta mewah tu.
“ Pak Wan? Mamat tu tak apa-apa ke? Pelik sungguh” suara perempuan mana entah datang.
Dan masa tu Adam dah tak ingat apa dah.
“ entahlah Rina. Pak Wan pun tak tahu. Tapi rasanya tadi Pak Wan tak ada pulak langgar dia.” lelaki yang digelar Pak Wan tu menjawab.
“ tak apalah Pak Wan. Jomlah kita bawa dia ke hospital. Kesian pulak Rina tengok.”
“ ha iyelah.” dan mereka berdua memapah pemuda yang tak dikenali tu ke kereta.
“Pak Wan? Macam mana dengan mamat tadi tu? Dia pengsan bukan sebab kena langgar kan?” Rina dah cemas.
“ tak. Doktor cakap dia pengsan sebab kepala dia terhantuk di permukaan keras.” kata-kata Pak Wan buat Rina lega.
“ so! Jomlah balik. Penatlah.” sambil tersengih dia dah melangkah dulu.
“Tapi Encik Khairil suruh kita bawa lelaki tadi tu balik!” teragak-agak Pak Wan menahan Rina yang dah galas beg nak balik.
“ eh! Apasal pulak?” pelik dia bertanya.
Pak Wan kemudian membawa Rina ke bilik Doktor Lisa. Mengikut keterangan doctor tu, Adam menghidap penyakit amnesia. Iaitu pesakit akan kehilangan ingatannya.
“ so maksud doktor kami kena bawa dia balik sekali?” terkejut doctor tu dengan Pak Wan Rina jerit.
“ ye cik.”
“ apahal pulak. Dia tak ada kena mengena dengan saya langsung. Lagi, takkan dia tak ada IC?”
“ maaf cik tetapi sewaktu dia dibawa kemari kami tidak menjumpai sebarang kad pengenalan diri. Jadi kami pihak hospital terpaksa meminta encik berdua membawa dia pulang.” Doktor wanita tu menerangkan.
“ isy menyusahkan sungguh. Kenapa dalam banyak-banyak orang aku jugak yang kena? Hisy!”
Dia dah menggumam geram.
“ tak pelah doctor. Kami minta diri dululah.” Pak Wan dah tarik tangan Dhira keluar dari bilik tu.
“ Pak Wan cakap papa kasi?” naik pekak telinga Pak Wan dengar si Rina tu jerit.
“ ye Rina. Tadi doktor tu sendiri cakap dengan papa Rina,” sabar je orang tua tu melayan karenah remaja 15 tahun tu.
Hisy papa ni. Apasallah baik hati sangat. Tahulah dia tu jenis tak boleh tengok makhluk susah sikit,nak je dia tolong. Tension aku. Dahlah segala kucing,beruk semua dia bawak balik. And now! Manusia pun nak bawa balik? Hisy, pelik sungguh.
“macam mana?”
“mama kasi?” Rina tanya lagi.
“ kasi.”
“ Hisy! Tension aku.”
“ jadi Pak Wan bawa orang tu balik ye?” Pak Wan meminta kepastian.
“ okay,okay!” pening aku. Papa dengan mama ni.
Penghuni rumah tu semua memandang pemuda yang tak dikenali tu. Rina dah buat muka masam. Dalam hati tu menyumpah habis.
“ So awak ni tak ingat apa-apalah?” Riny dah mula berminat nak tahu.
“ ye.” pemuda tu jawab dengan muka kelam.
“ so papa!mama! Kita nak panggil mamat ni apa?” Rina tanya pulak. Dia asyik menjeling mamat tu je. Memang dari dalam kerta lagi dia dah buat sesi menjeling menyampah kat mamat tu.
“ Rina cakap baik sikit,sayang.” Puan Rozita menegur lembut.
“ tapi ma!” Rina nak cari alasan.
“ Rina!” Encik Khairil menegur pula.
“ so ma,pa! kita nak panggil dia apa? Takkan tak ada nama kot. Peliklah tu." Riny dah tak sabar.
“ mmmm,awak nak nama apa ek?” dia tanya lagi.
“ saya tak kisah” pemuda tu jawab dengan riak pelik.
“ Hisy kau ni gediklah Riny! Sibuk je.” Rina bengang tengok adiknya.
“ senyap ah! Bising je dari tadi” Riny balas. “ ma! Pa! nak kasi nama apa ni?” dia tanya buat kali keberapa entah.
“ mmm.macam mana dengan Izwan?” Puan Rozita memberi cadangan.
“ yes! I like that name ma! How? Suka tak? Sukalah,sukalah.” Riny dah keluar dos gedik. Hensem sehy mamat ni.
“ saya tak kisah.” Izwan balas dengan senyuman.
“ bagus! Bagus!” Riny dah excited.
“ Riny boleh senyap tak? Kau ni excited lebih pahal?” Rina dah naik meluat dengan perangai adik kembarnya yang terlebih gedik hari tu.
“ entah Riny ni. Bising pulak! So Izwan tak kisah dengan nama tu?” Encik Khairul tanya ke arah pemuda yang baru disuruh Rina bawa balik. Dia pada mulanya terkejut juga dengar cerita Pak Wan. Tetapi akhir sekali dia bersetuju juga untuk membawa pemuda tersebut pulang tinggal bersama sementara menunggu dia sembuh.
“ ya uncle. Tak kisah.” Izwan senyum lagi.
“ panggil papa okey?”
“ papa!” Rina jerit dulu.
“ Hoi!!”
Kenangan lama tu hilang dan diganti dengan wajah Adam yang datang mengejutkannya.
Izwan? Eh, Rina! Adam Rina! Adam!
“kau ni tak ada kerja berangan. Buatlah benda lain berfaedah sikit. Ini tak asyik berangan. Ha! Entah,entah kau ingat kat aku tak?” Adam dah mula.
“ hoi! Aku ingat kat kau? Ceh! Mimpilah tu. Perasanlah kau ni. Eh,aku bukan macam girlfriend kau yang terlebih gedik dengan kau. Ceh! Perasan!” Rina balas cuba tutup malu sendirinya tu.
“ hisy kau ni. Mak nenek sungguh. Membebel je.” Adam saja je sakitkan hati Rina tu lagi.
“ mak nenek kau cakap? habis kau tu ape? Pak cik jual aiskrim, jaga mulut sikit. Jangan pakai sedap hidung je.” Rina dah membalas serangan perang tu.
“ hello mak cik! Aku cakap pakai mulut okey? Dah tak kenal mulut dengan hidung dah? Sekolah pandai tapi mulut dengan hidung pun dah tak kenal.” Adam dah mula melaser.
“ aku memang pandai pun! Haha.. Asal kau tak ke? Nak aku tolong? Selamba dia jawab.
“ha.ha” Adam ketawa sebijik-bijik.
“ ah sudahlah. Ni nanti jangan lupa daftar singing competiton tu.” Rina dah malas nak layan lagi. Kalau dilayan sampai besok pun memang takkan habis punya.
“ tak payah sibuk. Itu aku punya pasal.” Adam tak puas hati lagi. Nak cari gaduh lagilah tu.
“ah malas aku layan. Nak baliklah.” selamba kaki tu melangkah keluar dari kelas 5 sains 1. Adam bengang je.
rose |
0 rose(s) on your door


Name: Nur Atiqah
Layout: Lost Days